20 Jun 2010

Panas

Sekarang tengah musim panas di Mesir. Memang panas. Terasa bahang. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pun hanya membawa udara yang membahang. Terasa kulit macam terbakar. Kipas yang berpusing pun bukan makin menyamankan, hanya menambah lagi bahang. Berputar laju, tetapi hanya menghembuskan udara bagai nak tak nak.


Saya pulang dari peperiksaan tadi dengan menaiki teksi. Setakat ini, semua teksi yang saya naik, pasti tiada penghawa dingin. Jadi buka tingkap saja la. Memang bahang.. Namun, ia membuatkan saya bermuhasabah seketika. Kalau panas di dunia ini pun saya rasa tak tahan apatah lagi cuaca di Mesir ini panas kering, macam mana lah saya mampu nak tahan panas di akhirat kelak. Dalam hati saya berdoa, "Ya Allah! Engkau telah memberi kami rasa kepanasan di dunia ini, oleh itu janganlah Engkau seksa kami di akhirat kelak.." Moga panas membahang yang saya rasai ini, boleh mengkafarahkan dosa-dosa saya agar saya tak akan merasa panas di akhirat kelak yang lebih dahsyat lagi.. Menggerunkan..

Kalau di dunia kita merasa panas, kita boleh je nak berehat di rumah sambil menghadap kipas atau pun baring di bawah penyaman udara dengan suhu 16 darjah celcius (betul ke apa yang saya sebut ni?), tapi di akhirat nanti boleh ke kita berlindung di mana-mana? Di sana ada ke kipas atau penghawa dingin yang boleh membuat kita merasa nyaman. Sama-sama kita renungkan. Cuaca panas yang Allah Ta'ala jadikan ini sebenarnya hanya satu peringatan supaya kita bersedia untuk membuat persiapan agar tidak merasa panas di akhirat kelak. Supaya kita tidak dimasukkan ke dalam Neraka yang lebih panas daripada api dunia ini. Kalau bahang panas dunia pun kita tak boleh tahan, membuatkan kita mengeluh sambil meneguk air bergelen-gelen kerana terlalu haus, apatah lagi bahang panas Neraka. Boleh ke kita nak tahan? Mana nak cari air?

Kesimpulannya persiapkan diri dengan amalan yang boleh menghalang kita daripada terkena bahang api Neraka. Kita tidak ingin masuk Neraka apatah lagi bahangnya pun tak ingin kita rasai. Tapi yang peliknya, ada lagi manusia yang berfikir untuk masuk Neraka dengan alasan bahawa orang yang beriman masuk neraka sebentar saja. Masalahnya sekarang, orang yang cakap begini, dia yakin ke yang dia akan mati dalam iman. Kalau dia yakin yang dia mati dalam iman, dia boleh cakap begitu. Tapi kalau sebaliknya... Jawapannya dah tahu sendiri... Orang yang cakap begini, dia tak tahu ke sifat Neraka tu macam mana? Kalau api di dunia ini pun kita dah takut, macam mana kita boleh jadi berani dengan api Neraka pula?? Pelik-pelik...

Ya Allah! Masukkan kami ke dalam Syurga-Mu tanpa hisab dan tanpa didahului dengan seksaan dan celaan. Dengan Rahmat-Mu ya Allah kami memohon....

p/s: Banyakkan beristighfar di bulan Rejab yang mulia ini..

Humair,
Rumah Negeri Sembilan Kaherah,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr,
Kaherah, MESIR.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam alaik...
nice blog... keep writing it...