29 Oktober 2010

Antara Dua Ajaran (Bhgn 4)

Sambungan daripada entri yang lepas...

Bersujud Di Dalam Sembahyang.

Bila Ibu Bersubahat Sama..

Sila klik pautan di atas ini.

Sepatutnya ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Namun, dalam kalangan masyarakat kita perkara ini sudah terbalik. Ibu pun sanggup nak bersekongkol sama dalam perbuatan anaknya yang tidak baik.

27 Oktober 2010

Rancangan PM Kita Untuk ETP

Untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri kita merancang untuk:

1) Tubuhkan beberapa kelab malam terkemuka.

Tanggang Moden

Sila klik pada tajuk untuk membaca berita sebenar. Di sini hanyalah ulasan.

Apalah nak jadi pada anak-anak zaman sekarang?! Hanya kerana si ibu lambat membuat persiapan perkahwinan, sanggup dia menumbuk ibunya sehingga koma wanita malang itu!! Dia ingat perkahwinan dia akan berkatlah! Wei anak derhaka! Kau jangan ingat Allah tak balas perbuatan kau tu! Kalau kau dapat kahwin sekalipun, kau dapat anak, anak kau akan terajang kau pula sampai meninggal! Apalah nak jadi....

p/s: Kesal... Si ibu yang membela bagai menatang minyak yang penuh diperlakukan sedemikian rupa.. Tiba-tiba teringat pada ibu saya...

Antara Dua Ajaran (Bhgn 3)

Sambungan daripada entri yang lepas..

26 Oktober 2010

Sistem Pendidikan Kita

Sila klik pada pautan di atas ini.

Sistem pendidikan yang berkesan ialah sistem yang berjaya melahirkan pelajar yang kreatif, berinovasi serta mampu memanifestasikan apa yang dipelajari dalam bentuk yang berkesan serta menarik. Di samping itu turut melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Saya berpandangan elok saja jika sistem peperiksaan diteruskan. Ia penting untuk menguji tahap kematangan ilmu seseorang [klik di sini]. Cuma sistem pendidikan kita perlu diperkemaskan lagi agar ia benar-benar boleh mencapai matlamat yang diinginkan terutama dalam melahirkan golongan pemimpin yang kuat pegangan agamanya, amanah serta mampu memacu negara ke arah yang lebih baik.

p/s: Nak mansuh atau tidak, yang penting belajar tetap belajar. Jangan belajar hanya kerana peperiksaan. Belajar kerana ilmu. Tuntut ilmu kerana Allah...

Mogok Rugikan Perancis RM1.72 Bilion Sehari

Sila klik pada tajuk untuk membaca berita sebenar. Di sini hanyalah ulasan.

Rakyat Perancis memang berani untuk mempertahankan hak mereka. Adakah rakyat Malaysia begitu juga? Kalau rakyat Malaysia berani mogok, berapa billion agaknya kerajaan akan rugi?

p/s: Kerana sekeping roti 'isy, rakyat Mesir berani berdemonstrasi sampai kerajaan terpaksa tunduk. Hanya kerana sekeping roti...

Ajal Tak Kira Usia Dan Tempat

Sila klik pada tajuk untuk membaca berita sebenar. Di sini hanya ulasan.

Kita tak tahu bila kita akan mati. Saya selalu terfikir bilakah saya akan mati? Bagaimana keadaan saya mati? Fikiran-fikiran sebegini membuatkan saya kadangkala merasa ngeri, takut-takut mati dalam keadaan melakukan maksiat. Ya Allah! Jauhkanlah...

Mati tak mengenal usia. Dia juga tak kisah di mana. Yang penting bila waktunya tiba, sesaat pun takkan dapat dilewatkan mahupun dipercepatkan.

p/s: Selalulah bertaubat. Perbanyakkan amalan soleh. Ya Allah! Aku memohon Husnul Khotimah daripada-Mu...

Bila Anak Muda Bersuara...

100,000 anak muda tolak menara 100 tingkat
Klik pada pautan di atas ini.

Jangan main-main dengan suara golongan muda. Saya yakin,

Urus Tadbir Ekonomi Negara Pincang

Urus tadbir ekonomi negara pincang
Klik pada pautan di atas ini.

Adakah negara kita akan semakin kaya atau semakin miskin jika Barisan Nasional memerintah lagi? Tapi tak mengapalah, kita beri peluang lagi pada mereka untuk memerintah, manalah tahu kalau-kalau boleh dipulihkan. Tapi sejauh mana kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka selama ini? Jawapannya ada pada anda...

p/s: Berubah kepada sistem ekonomi Islam...

25 Oktober 2010

AS Tertekan

AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq


LONDON - Amerika Syarikat (AS) semalam semakin tertekan ekoran desakan supaya menyiasat dakwaan mengenai dokumen Perang Iraq yang dibocorkan oleh laman WikiLeaks.

Akhirnya Terbela Juga..

Keluarga bawah jambatan dibela


KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam kisah menyayat hati sebuah keluarga dan dua lelaki yang merempat di bawah jambatan di lebuh raya disiarkan Kosmo!, nasib mereka kini terbela apabila Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh tampil menghulurkan bantuan.

24 Oktober 2010

Danial

Nabi Daniel (Daniyyel, Daniyal atau Danial, juga disebut Dani, Danyal; menurut Bahasa Hebrew Tabaria, ia bermaksud 'Tuhan ialah hakimku') ialah tokoh yang disebut dalam sejarah sebagai salah seorang utusan Allah Ta'ala dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian dan Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai baginda lebih banyak tertumpu kepada catatan yang terdapat di dalam Kitab Daniel agama Kristian Katolik dan Yahudi.

23 Oktober 2010

Tetap Cemerlang Walaupun Berkahwin Ketika...

Prestasi cemerlang lepas kahwin


JOHOR BAHRU - Berkahwin waktu belajar masih boleh berjaya.

Hidup Bawah Jambatan

Hidup bawah jambatan


KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Mendaya: Adakah Najib ‘menjalankan tipu daya’

Mendaya: Adakah Najib ‘menjalankan tipu daya’
Klik pada pautan di atas ini.

Salah guna perkataan pun boleh menjadi isu. Pemimpin sepatutnya berhati-hati dalam memilih perkataan supaya tidak dipertikaikan integritinya sebagai pemimpin apatah lagi sebagai pengguna Bahasa Melayu.

p/s: Berhati-hati bila menggunakan perkataan. Jangan jadikan diri sebagai sasaran serangan pihak yang selalu mencari kesalahan kita...

Realisasi agenda PAS ganti Umno

Realisasi agenda PAS ganti Umno
Klik pada pautan di atas ini.

Bersetuju dengan resolusi ini. Resolusi sebegini yang sepatutnya digerakkan. Yang paling saya setuju ialah penekanan gerakan dakwah terhadap golongan UMNO dan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. Semoga agenda ini dapat direalisasikan. Allahu akbar!!

p/s: Siapa yang mempunyai hujah, maka dia akan dapat mengalahkan orang yang tidak mempunyai hujah..

Antara Dua Ajaran (Bhgn 2)

Sambungan dari entri sebelum ini..


21 Oktober 2010

Asy-Syahid Berbicara Tentang Islam

Ketika menyebut mengenai dasar pertama daripada dasar-dasar al-Fahm (kefahaman), asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna radhiyallahu 'anhu berbicara mengenai Islam menggunakan ungkapan yang agak mudah, ringkas namun padat. Beliau berkata:

Antara Dua Ajaran (Bhgn 1)

Dalam entri kali ini, saya tertarik untuk berkongsi bersama sidang pembaca mengenai beberapa persamaan di antara ajaran Islam dan ajaran Kristian. Saya akan menyenaraikan beberapa contoh persamaan di antara dua ajaran ini bagi menunjukkan bahawa di dalam ajaran Kristian, terdapat beberapa amalan yang sepatutnya diamalkan oleh penganut agama Kristian, namun ia diabaikan malah diubah. Lalu Islam datang menghidupkan kembali ajaran tersebut bagi menunjukkan bahawa syariat para nabi 'alaihimussalam sebenarnya agak sama. Islam datang untuk mempamerkan kembali ajaran-ajaran tersebut dalam bentuk yang lebih kemas dan sempurna. Justeru, Islam sememangnya layak untuk dipanggil sebagai penutup segala agama samawi sebagaimana Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam pula adalah penutup para nabi dan rasul.

20 Oktober 2010

Kalam Indah Imam asy-Syazuli

Al-Qutub ar-Rabbani al-'Arif al-Wali al-Imam al-Muhaqqiq Sayyid Abul Hasan Ali asy-Syazuli al-Hasani (593H-656H) radhiyallahu 'anhu, pengasas Tariqat Syazuliyyah berkata:

19 Oktober 2010

Membaca Hadith Secara Bertajwid

Tajuk buku: Hal Yuqroul Hadith asy-Syarif Mujawwadan? [Adakah Hadith Boleh Dibaca Secara Bertajwid?]

Penulis: Dr. Muhammad Ibrahim al-'Asymawi.

Jumlah muka surat: 144.

Penerbit: Darat al-Karaz, Mesir.

Tahun cetakan: 2008.

Mukjizat Resam al-Quran

Buku I'jaz Rasm al-Quran
Nama buku: I'jaz Rasm al-Quran wa I'jaz at-Tilawah. [Mukjizat Tulisan al-Quran dan Bacaannya]

Penulis: Muhammad Syamlul.

Jumlah mukasurat: 237.

Penerbit: Darus Salam Mesir.

Tahun cetakan: 1427 H (2006 M).

18 Oktober 2010

Kalam Hikmah Ahli Bait

Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:

Sesungguhnya Allah hanya ingin menghilangkan kekotoran (dosa) daripada kamu Ahli Bait serta mensucikan kamu sesuci-sucinya. [Surah al-Ahzab: 33]

Ya Allah! Limpahkanlah kesejahteraan ke atas Sayyiduna Muhammad dan ahli keluarga Sayyiduna Muhammad.


12 Oktober 2010

Petikan Ucapan Syeikhul Azhar

Syeikhul Azhar ketika berucap sempena konvokesyen 2010.
Menerusi entri kali ini, saya menterjemahkan petikan ucapan Syeikhul Azhar al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad at-Toyyib yang disampaikan sempena upacara konvokesyen graduan Malaysia al-Azhar asy-Syarif 2010 bertempat di Pusat Persidangan al-Azhar (ACC), Madinah Nasr pada hari Ahad 10 Oktober 2010 (10/10/10). 

10 Oktober 2010

Kesungguhan Para Ulama' Dalam Menuntut Ilmu

Di sini saya senaraikan kisah kesungguhan beberapa orang ulama' dalam menuntut ilmu. Mesej yang ingin saya sampaikan menerusi kisah-kisah ini mudah: Bandingkan diri anda dengan mereka. Adakah anda layak duduk sebaris dengan mereka? Jika tidak layak, maka sila beradab dengan mereka..

Sempena Konvokesyen 2010

Alhamdulillah, pagi tadi upacara konvokesyen graduan Malaysia al-Azhar 2010 berjalan dengan lancar di Pusat Persidangan al-Azhar (ACC). Diserikan lagi dengan kehadiran ayahanda Syeikhul Azhar al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad Toyyib. Saya melihat agak ramai juga peserta konvo kali ini. Kemas, segak dan seragam dengan jubah dan serban al-Azhar. Nampak cantik.