19 Disember 2010

Nabi Kita Bercerita (Kisah 1)

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Abu Sa'id Sa'ad bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiyallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam bersabda, mafhumnya:


01 Disember 2010

Pulang Dan Berbakti

Alhamdulillah, semalam (30/11/2010) saya selamat pulang ke tanah air setelah enam tahun merantau di negara orang (Mesir) untuk menimba ilmu. Perasaan bercampur baur sebelum pulang. Namun bila kaki telah dijejakkan di Malaysia tercinta, seronok pula. Gayat pun ada juga. Yang pentingnya, ternyata saya bukan pulang kosong. Tak lama lagi tugas untuk dakwah akan bermula. Dengar-dengarnya, mungkin saya akan dihantar bertugas sebagai imam di sebuah masjid di sekitar Seremban. Tak perlu saya sertai rancangan imam muda huhuhu. Moga segalanya dipermudahkan. Jadual pengajian saya pun telah mula disusun oleh pihak-pihak tertentu. Insya-Allah, akan saya cuba untuk penuhi. Ya, kepulangan ini bukan kepulangan yang kosong. Kepulangan ini adalah kepulangan yang dinanti. Pulang untuk berbakti. Buat sahabat-sahabat yang masih meneruskan pengajian di bumi Mesir, selamat meneruskan perjuangan. Jangan lupa, kepulangan kita sebenarnya sangat dinanti-nantikan. Sama ada kita sedar atau pun tidak. Selamat berjuang.

p/s: Berdakwah itu tak kenal waktu tuan-tuan...