16 Jun 2011

Tiga Hubungan

Daripada Abu Zarr Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az bin Jabal رضي اللـه عنهما, daripada Rasulullah صلى اللـه عليه وآله وسلم bahawa baginda bersabda mafhumnya :

"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Iringilah kejahatan dengan kebaikan, pasti kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut. Berakhlaklah sesama manusia dengan akhlak yang baik."

Diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang mana beliau berkata, "Ini adalah hadith hasan." Di dalam sesetengah manuskrip pula menyebut, "Hasan sohih."

07 Mei 2011

SAWANIH WA KHAWATIR سوانح وخواطر: Lindungi Kami Dari Ruwaibidhah…

SAWANIH WA KHAWATIR سوانح وخواطر: Lindungi Kami Dari Ruwaibidhah…: "Orang yang punya iman mantap walaupun sedikit di hatinya, pasti berharap agar isu-isu lucah dan kotor yang ‘dilandakan’ atau 'dipaksakan..."

p/s: Ulasan yang menarik dari seorang sarjana yang saya anggap sebagai guru saya. Beliau merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

06 Mei 2011

Osama: Kenapa Najib bergembira bersama Amerika?

Osama: Kenapa Najib bergembira bersama Amerika?

Ulasan ringkas saya: 

Kenapa Perdana Menteri kita terlalu cepat mengeluarkan kenyataan sebegini? Adakah beliau tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai Osama atau beliau diminta untuk mengeluarkan kenyataan sebegini? Walaupun sekiranya dapat dibuktikan bahawa Osama adalah dalang keganasan seperti yang digembar-gemburkan, bukankah beliau tetap seorang muslim dan sudah pasti hak beliau sebagai seorang muslim perlu dijaga. Bukankah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam sendiri mengingatkan kita supaya menyebut kebaikan saudara seislam kita yang telah meninggal dunia walaupun pada hayatnya dia bukan seorang yang baik. Kenyataan Perdana Menteri kita memperlihatkan persepsi yang negatif buat Osama yang merupakan seorang muslim. Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Seri Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kita adalah kenyataan yang tidak cermat.

p/s: Berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan...

19 Januari 2011

Niat Dan Kepentingannya

عن أمير المؤمنين أبي حفص عـمر بن الخطاب رضي اللـه عنه قال: سمعت رسول اللـه صلى اللـه عليه وآلـه وسلم يقـول: إنمـا الأعـمال بالنيات وإنمـا لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى اللـه ورسولـه فهجرته إلى اللـه ورسولـه. ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امـرأة ينكحها فهجرته إلى ما هـاجر إليـه. (رواه البخـارى ومسـلم)


18 Januari 2011

Kalimah-kalimah Yang Anda Tahu

Ada beberapa kalimah yang biasa kita dengar dan tahu. Dalam entri kali ini, saya berminat untuk menyenaraikan beberapa kalimah beserta definisinya dari sudut bahasa dan istilah penggunaannya. Semoga mendapat manfaat bersama.

17 Januari 2011

Keunikan Manusia

Al-'Arif billah al-Imam Ahmad bin 'Atoillah as-Sakandari radhiyallahu 'anhu berkata di dalam hikam beliau, maksudnya:

Dia (Allah) telah menjadikan engkau sebagai alam pertengahan di antara Mulk-Nya dan Malakut-Nya sebagai pemberitahuan kepada engkau tentang kehebatan kedudukan engkau dalam kalangan makhluk-makhluk-Nya. Engkau adalah mutiara yang diselaputi cengkerang alam semesta-Nya.

Huraian:

(Perhatian: Ayat yang berwarna adalah kalam al-Imam Ibnu 'Atoillah as-Sakandari manakala yang tidak berwarna pula adalah huraian kepada kalam beliau.)

13 Januari 2011

Kalam Hikam Yang Dipetik Daripada Kitab Hikam

Dalam entri ini, saya berminat untuk berkongsi bersama sidang pembaca beberapa kalam hikmah al-'Arif billah al-Imam Ahmad bin 'Atoillah as-Sakandari (wafat 709 Hijrah) radhiyallahu 'anhu yang dipetik daripada kitab beliau iaitu al-Hikam al-'Atoiyyah. Saya memilih kalam-kalam hikmah ini untuk dikongsikan di sini kerana maknanya menarik. Semoga Allah Ta'ala meredhai beliau serta memberi manfaat kepada kita melalui ilmu beliau. Amin.

[1] Kesungguhan anda dalam (mencari) perkara yang telah dijamin buat anda (iaitu rezeki) dalam keadaan anda mengabaikan perkara yang dituntut daripada anda (untuk dilakukan iaitu ibadah) adalah bukti bahawa mata hati anda telah buta. (lihat huraiannya di sini)

Keindahan Sembahyang Menurut Kitab Hikam

Al-'Arif billah al-Imam Ahmad bin 'Atoillah as-Sakandari (wafat 709 Hijrah) radhiyallahu 'anhu menulis di dalam hikamnya (maksudnya):

Sembahyang itu adalah medium penyucian hati dan doa permohonan untuk membuka pintu ghaib.

Sembahyang itu adalah tempat munajat dan intipati cinta yang tulus murni. Lapangan rahsia menjadi luas di dalamnya dan sinaran cahaya terbit padanya. Dia (Allah) mengetahui kelemahanmu lalu Dia mengurangkan bilangannya. Dia mengetahui keperluanmu terhadap kurniaan-Nya lalu Dia memperbanyakkan anugerahnya.

Huraian:

Perhatian: Ayat yang diwarnakan adalah kalam Imam Ibnu 'Atoillah as-Sakandari manakala yang tidak berwarna itu adalah huraian terhadap kalam beliau.

12 Januari 2011

Huraian Ringkas Doa Pengharapan


Doa ini merupakan antara doa yang disusun oleh guru kami al-'Arif billah Sayyid Muhammad Kholil al-Khotib (1909-1986) radhiyallahu 'anhu. Penulis pernah memuatkan biografi beliau. Boleh baca di sini.


11 Januari 2011

Doa Pengharapan Oleh Syeikhuna al-Khotib

Al-'Arif billah Sayyid Muhammad Kholil al-Khotib yang dikenali sebagai Penyair Rasulullah.



Doa Pengharapan oleh Sayyid Muhammad Kholil al-Khotib.

(klik pada gambar untuk paparan yang jelas)

Buta Mata Hati

Al-'Arif billah al-Imam Ahmad bin 'Atoillah as-Sakandari (wafat 709 Hijrah) radhiyallahu 'anhu berkata menerusi hikam beliau:

Kesungguhan anda dalam (mencari) perkara yang telah dijamin buat anda (iaitu rezeki) dalam keadaan anda mengabaikan perkara yang dituntut daripada anda (untuk dilakukan iaitu ibadah) adalah bukti bahawa mata hati anda telah buta.

10 Januari 2011

Nikmat al-Ijad Dan Nikmat al-Imdad

Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:

Bukankah manusia itu pernah melalui suatu tempoh yang mana dia tidak disebut-sebut (kerana dia belum wujud)? Kami (Allah) telah mencipta manusia itu daripada air mani yang bercampur (daripada benih lelaki dan wanita) untuk Kami mengujinya (dengan perintah dan larangan) lalu Kami jadikannya boleh mendengar dan melihat. (Kemudian) Kami memberinya petunjuk ke arah jalan yang lurus, (namun) ada yang bersyukur (beriman) dan ada yang kufur (ingkar). [Surah al-Insan: 1-3]

09 Januari 2011

Memahami Islam Melalui Sirah

Sirah Nabawiyyah merupakan perjalanan hidup seorang tokoh terkemuka yang berwibawa iaitu Nabi kita Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Perjalanan hidup baginda bukan suatu kisah dongeng atau rekaan yang sekadar sebagai halwa telinga untuk tujuan hiburan tetapi sirah baginda adalah kisah perjalanan hidup sebenar yang diatur kemas oleh Allah Ta'ala. Kisah hidup seorang insan yang berjaya mengubah dunia sehingga mendapat pengiktirafan sebagai tokoh paling berpengaruh di dunia dan diletakkan di tempat pertama. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan hidup baginda boleh dijadikan pengajaran dan renungan sebagai pedoman kita selaku umat baginda.

Bencana Jasad Dan Bencana Roh

Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:

Ucapkanlah (wahai Muhammad), "Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu Subuh. Daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Juga daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita. Serta daripada kejahatan tukang sihir wanita yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan daripada kejahatan orang yang hasad dengki apabila dia melaksanakan kedengkiannya." [Surah al-Falaq: 1-5]