25 Jun 2010

Sempena Rejab Yang Mulia

Menerusi entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan sidang pembaca beberapa maklumat menarik yang saya dengar daripada khutbah Jumaat hari ini yang disampaikan oleh imam Masjid al-Libi, Hayyu Sabi'. Beliau menyampaikan khutbah berkaitan bulan Rejab yang mulia ini. Antara perkara yang beliau sampaikan ialah:-

Bulan Rejab adalah bulan haram yang mulia sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah Ta'ala menerusi firman-Nya, mafhumnya:

Sesungguhnya bilangan bulan (mengikut kiraan yang sebenar) di sisi Allah ialah dua belas bulan yang terdapat di dalam ketentuan Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ialah empat bulan yang dihormati (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram & Rejab). [Surah at-Taubah: 36]


20 Jun 2010

Panas

Sekarang tengah musim panas di Mesir. Memang panas. Terasa bahang. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pun hanya membawa udara yang membahang. Terasa kulit macam terbakar. Kipas yang berpusing pun bukan makin menyamankan, hanya menambah lagi bahang. Berputar laju, tetapi hanya menghembuskan udara bagai nak tak nak.


14 Jun 2010

Selamat Hari Lahir Ibuku

Hari ini genap usia ibu saya 55 tahun. Moga Allah Ta'ala memanjangkan usia beliau, memberkati rezeki dan amalan beliau. Moga ibu panjang usia hingga sempat melihat saya berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Biar ibu dapat timang cucunya hehehe. Rindu juga pada ibu. Empat tahun saya di perantauan, tak dapat nak bersama ibu sambut hari lahir beliau. Hanya mampu menitipkan doa dari bumi yang penuh keberkatan ini.

Apapun, peperiksaan saya masih berbaki lagi 3 subjek. Moga saya dapat menamatkan pengajian pada tahun ini dan balik ke tanah air bertemu ibu tersayang. Insya Allah...