Di sini saya senaraikan beberapa orang ulama' dan tabiat membaca mereka yang mungkin agak sukar untuk ditiru namun tidak mustahil. Hanya perlukan azam dan kesungguhan.
Makam al-Hafiz as-Suyuti |
Al-Hafiz Jalaluddin Abdur Rahman as-Suyuti (850 H-911 H) atau lebih dikenali sebagai al-Hafiz as-Suyuti adalah seorang ulama' yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu sehingga melayakkan beliau untuk mencapai martabat mujtahid. Beliau digelar sebagai 'anak kitab' kerana beliau dilahirkan di perpustakaan ayahnya Syeikh Abu Bakar as-Suyuti. Hakikatnya, beliau seorang yang banyak membaca. Ini dibuktikan melalui rujukan-rujukan yang sering beliau sebutkan di dalam karya-karya beliau sehingga ada di antara rujukan tersebut agak payah untuk ditemui lagi pada hari ini. Beliau juga telah membaca koleksi buku-buku yang ada di Perpustakaan al-Mahmudiyyah berjumlah 20 000 buah buku ditambah pula dengan koleksi buku beliau sendiri yang diletakkan di rumah beliau.
Sayyid Muhammad al-Khotib. |
Syeikh Ahmad Timur Basya (sebutannya Pasha) memiliki 16 000 koleksi buku. Ada yang bercetak dan ada yang dalam bentuk manuskrip. Beliau telah membaca kesemuanya. Bukan secara mendatar atau sekali imbas, malah secara teliti. Satu kalimah demi satu kalimah!
Sayyid Mahmud Sa'id. |
Prof. Dr. Ali Jumu'ah. |
Ini cuma sebahagian daripada para ulama' yang kita kenali berserta tabiat membaca mereka. Saya juga mengharapkan sekiranya sidang pembaca mempunyai maklumat tentang tabiat membaca para ulama' yang lain untuk berkongsi bersama saya. Bila kita melihat tabiat membaca mereka ini, kita perlu menilai diri kita kembali jika hendak dibandingkan dengan mereka. Ada sesetengah golongan yang dengan mudah menuduh ulama'-ulama' di atas juga ulama'-ulama' yang lain sebagai sesat dan pembuat bida'ah sedangkan golongan yang menuduh itu pun hanyalah bertaraf kanak-kanak jika hendak dibandingkan dengan para ulama' ini. Sepatutnya kita beradab dengan para ulama'. Walaupun tidak bersetuju dengan mereka dalam sesetengah perkara, ia hanya perlu dianalisis dengan baik dan beradab sebab boleh jadi mereka telah membaca apa yang kita tak baca. Saya teringat guru kami Sayyid Asyraf al-Husaini menceritakan tentang al-Hafiz al-'Iraqi yang telah berusaha mentakhrijkan hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab Ihya' Ulumiddin karangan Hujjatul Islam al-Ghazali. Ada hadith-hadith dalam kitab tersebut yang tidak ditemui sumbernya oleh al-Hafiz al-'Iraqi menyebabkan beliau memberi komentar, "Semoga Allah merahmati Imam al-Ghazali. Sungguh saya telah berusaha mencari sumber hadith ini tetapi tidak bertemu dengannya." Guru kami menyatakan pula, "Sayyid Soleh al-Ja'afari memberi komentar terhadap ungkapan al-Hafiz al-'Iraqi ini dengan berkata: Boleh jadi Imam al-Ghazali telah membaca sumber yang tidak ditemui oleh al-Hafiz al-'Iraqi kerana al-Ghazali adalah seorang yang sangat luas pembacaannya." Inilah adab seorang ulama' dengan ulama' lain yang sepatutnya kita contohi! Wallahu a'lam.
p/s: Contohi akhlak para ulama' yang arif. Banyakkan membaca...
Humair,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr,
KAHERAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan