Diriwayatkan daripada Sayyiduna Abu Sa'id Sa'ad bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiyallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam bersabda, mafhumnya:
19 Disember 2010
01 Disember 2010
Pulang Dan Berbakti
Alhamdulillah, semalam (30/11/2010) saya selamat pulang ke tanah air setelah enam tahun merantau di negara orang (Mesir) untuk menimba ilmu. Perasaan bercampur baur sebelum pulang. Namun bila kaki telah dijejakkan di Malaysia tercinta, seronok pula. Gayat pun ada juga. Yang pentingnya, ternyata saya bukan pulang kosong. Tak lama lagi tugas untuk dakwah akan bermula. Dengar-dengarnya, mungkin saya akan dihantar bertugas sebagai imam di sebuah masjid di sekitar Seremban. Tak perlu saya sertai rancangan imam muda huhuhu. Moga segalanya dipermudahkan. Jadual pengajian saya pun telah mula disusun oleh pihak-pihak tertentu. Insya-Allah, akan saya cuba untuk penuhi. Ya, kepulangan ini bukan kepulangan yang kosong. Kepulangan ini adalah kepulangan yang dinanti. Pulang untuk berbakti. Buat sahabat-sahabat yang masih meneruskan pengajian di bumi Mesir, selamat meneruskan perjuangan. Jangan lupa, kepulangan kita sebenarnya sangat dinanti-nantikan. Sama ada kita sedar atau pun tidak. Selamat berjuang.
p/s: Berdakwah itu tak kenal waktu tuan-tuan...
21 November 2010
Ungkapan Al-Qur'an
Bila kita berbicara tentang kesusasteraan Islam dan Arab, kita tidak boleh lari daripada turut berbicara mengenai kesusasteraan al-Qur'an. Ini adalah kerana sastera Islam dan Arab mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kitab suci ini. Dalam membicarakan mengenai kesusasteraan al-Qur'an, para sasterawan sangat berminat untuk meneliti gaya bahasa dan bentuk ungkapan yang digunakan oleh al-Qur'an. Mereka telah menyenaraikan beberapa ciri istimewa yang terdapat pada bentuk ungkapan al-Qur'an.
20 November 2010
Dakwah Dan Hidayah
Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:
Berdakwahlah (wahai Muhammad) ke arah jalan (agama) Tuhanmu dengan (cara) berhikmah, nasihat yang baik serta berdebatlah dengan mereka melalui cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dia juga lebih mengetahui tentang golongan yang mendapat petunjuk. [Surah an-Nahl: 125]
16 November 2010
Pengajaran Dari Ibadah Haji
Guru kami al-Marhum al-Imam Sayyid Muhammad Kholil al-Khotib al-Hasani telah menulis qasidah yang mengungkapkan beberapa pengajaran yang dipetik daripada ibadah haji. Menerusi entri ini, saya akan menyatakan intipati qasidah tersebut bersempena Hari Raya Aidiladha pada kali ini.
31 Oktober 2010
29 Oktober 2010
Bila Ibu Bersubahat Sama..
Sila klik pautan di atas ini.
Sepatutnya ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Namun, dalam kalangan masyarakat kita perkara ini sudah terbalik. Ibu pun sanggup nak bersekongkol sama dalam perbuatan anaknya yang tidak baik.
27 Oktober 2010
Rancangan PM Kita Untuk ETP
Untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri kita merancang untuk:
1) Tubuhkan beberapa kelab malam terkemuka.
Tanggang Moden
Sila klik pada tajuk untuk membaca berita sebenar. Di sini hanyalah ulasan.
Apalah nak jadi pada anak-anak zaman sekarang?! Hanya kerana si ibu lambat membuat persiapan perkahwinan, sanggup dia menumbuk ibunya sehingga koma wanita malang itu!! Dia ingat perkahwinan dia akan berkatlah! Wei anak derhaka! Kau jangan ingat Allah tak balas perbuatan kau tu! Kalau kau dapat kahwin sekalipun, kau dapat anak, anak kau akan terajang kau pula sampai meninggal! Apalah nak jadi....
p/s: Kesal... Si ibu yang membela bagai menatang minyak yang penuh diperlakukan sedemikian rupa.. Tiba-tiba teringat pada ibu saya...
26 Oktober 2010
Sistem Pendidikan Kita
Sila klik pada pautan di atas ini.
Sistem pendidikan yang berkesan ialah sistem yang berjaya melahirkan pelajar yang kreatif, berinovasi serta mampu memanifestasikan apa yang dipelajari dalam bentuk yang berkesan serta menarik. Di samping itu turut melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Saya berpandangan elok saja jika sistem peperiksaan diteruskan. Ia penting untuk menguji tahap kematangan ilmu seseorang [klik di sini]. Cuma sistem pendidikan kita perlu diperkemaskan lagi agar ia benar-benar boleh mencapai matlamat yang diinginkan terutama dalam melahirkan golongan pemimpin yang kuat pegangan agamanya, amanah serta mampu memacu negara ke arah yang lebih baik.
p/s: Nak mansuh atau tidak, yang penting belajar tetap belajar. Jangan belajar hanya kerana peperiksaan. Belajar kerana ilmu. Tuntut ilmu kerana Allah...
Mogok Rugikan Perancis RM1.72 Bilion Sehari
Sila klik pada tajuk untuk membaca berita sebenar. Di sini hanyalah ulasan.
Rakyat Perancis memang berani untuk mempertahankan hak mereka. Adakah rakyat Malaysia begitu juga? Kalau rakyat Malaysia berani mogok, berapa billion agaknya kerajaan akan rugi?
p/s: Kerana sekeping roti 'isy, rakyat Mesir berani berdemonstrasi sampai kerajaan terpaksa tunduk. Hanya kerana sekeping roti...
Ajal Tak Kira Usia Dan Tempat
Sila klik pada tajuk untuk membaca berita sebenar. Di sini hanya ulasan.
Kita tak tahu bila kita akan mati. Saya selalu terfikir bilakah saya akan mati? Bagaimana keadaan saya mati? Fikiran-fikiran sebegini membuatkan saya kadangkala merasa ngeri, takut-takut mati dalam keadaan melakukan maksiat. Ya Allah! Jauhkanlah...
Mati tak mengenal usia. Dia juga tak kisah di mana. Yang penting bila waktunya tiba, sesaat pun takkan dapat dilewatkan mahupun dipercepatkan.
p/s: Selalulah bertaubat. Perbanyakkan amalan soleh. Ya Allah! Aku memohon Husnul Khotimah daripada-Mu...
Urus Tadbir Ekonomi Negara Pincang
Urus tadbir ekonomi negara pincang
Klik pada pautan di atas ini.
Klik pada pautan di atas ini.
Adakah negara kita akan semakin kaya atau semakin miskin jika Barisan Nasional memerintah lagi? Tapi tak mengapalah, kita beri peluang lagi pada mereka untuk memerintah, manalah tahu kalau-kalau boleh dipulihkan. Tapi sejauh mana kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka selama ini? Jawapannya ada pada anda...
p/s: Berubah kepada sistem ekonomi Islam...
25 Oktober 2010
AS Tertekan
AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq
LONDON - Amerika Syarikat (AS) semalam semakin tertekan ekoran desakan supaya menyiasat dakwaan mengenai dokumen Perang Iraq yang dibocorkan oleh laman WikiLeaks.
Akhirnya Terbela Juga..
Keluarga bawah jambatan dibela
KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam kisah menyayat hati sebuah keluarga dan dua lelaki yang merempat di bawah jambatan di lebuh raya disiarkan Kosmo!, nasib mereka kini terbela apabila Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh tampil menghulurkan bantuan.
24 Oktober 2010
Danial
Nabi Daniel (Daniyyel, Daniyal atau Danial, juga disebut Dani, Danyal; menurut Bahasa Hebrew Tabaria, ia bermaksud 'Tuhan ialah hakimku') ialah tokoh yang disebut dalam sejarah sebagai salah seorang utusan Allah Ta'ala dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian dan Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai baginda lebih banyak tertumpu kepada catatan yang terdapat di dalam Kitab Daniel agama Kristian Katolik dan Yahudi.
23 Oktober 2010
Tetap Cemerlang Walaupun Berkahwin Ketika...
Prestasi cemerlang lepas kahwin
JOHOR BAHRU - Berkahwin waktu belajar masih boleh berjaya.
Langgan:
Catatan (Atom)
