29 Oktober 2010

Bila Ibu Bersubahat Sama..

Sila klik pautan di atas ini.

Sepatutnya ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Namun, dalam kalangan masyarakat kita perkara ini sudah terbalik. Ibu pun sanggup nak bersekongkol sama dalam perbuatan anaknya yang tidak baik.
Ini menunjukkan institusi keluarga di negara kita bermasalah. Keluarga yang suatu masa dahulu menjadi tempat anak-anak berteduh sudah menjadi tempat yang tidak aman pula buat anak-anak. Kalau aman pun, aman untuk melakukan maksiat sebab ibu bapa dah tak kisah. Tak hairan lah muda-mudi kita sewenang-wenangnya melakukan masalah sosial sebab mereka mendapat sokongan daripada ibu bapa sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Saya teringat ketika pulang bercuti pada tahun 2006 dulu, saya bersama rakan-rakan terlibat sebagai fasilitator untuk sebuah program mengenai sembahyang yang dianjurkan buat pelajar-pelajar sekolah rendah. Ada antara peserta yang tidak tahu sembahyang langsung! Bila ditanya dan diselidiki, jawapannya mudah: Dia tidak pernah melihat ibu bapanya bersembahyang! Jadi, suasana sembahyang itu tidak pernah dirasai menyebabkan dia tak tahu sembahyang.

Ada rakan saya yang bercerita, beliau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program tentang sembahyang juga yang mensasarkan pelajar-pelajar bermasalah yang terlibat dengan kes juvana. Untuk menjemput mereka, terpaksa menggunakan waran dari mahkamah. Waran tersebut bukan saja ditujukan kepada para pelajar yang dipanggil, malah terpaksa ditujukan kepada ibu bapa juga kerana ada segelintir mereka yang tidak membenarkan anak mereka untuk menyertai program berkenaan! Padahal itu adalah program tentang sembahyang! Owh.. Kalau hantar anak pergi kelas piano, menyanyi atau seni, sanggup bayar mahal-mahal. Tak apalah, esok kalau si ibu dan ayah meninggal dunia, tak perlu sembahyangkan jenazah. Hanya mainkan piano atau nyanyikan lagu!

Sidang pembaca!

Marilah kita fikirkan bersama tentang masalah ini. Sampai bila lagi kita ingin ianya berlanjutan? Sampai bila?! Semua orang perlu main peranan. Ia bukan perlu ditanggungkan ke atas pundak para pemerintah atau para ulama'. Ia adalah tanggungjawab kita bersama. Renung-renungkanlah....

p/s: Kalau saya ada anak nanti, mampukah saya mendidik mereka dengan baik?.. Ya Allah! Kurniakan zuriat yang solehah untukku...

Tiada ulasan: