26 Oktober 2010

Sistem Pendidikan Kita

Sila klik pada pautan di atas ini.

Sistem pendidikan yang berkesan ialah sistem yang berjaya melahirkan pelajar yang kreatif, berinovasi serta mampu memanifestasikan apa yang dipelajari dalam bentuk yang berkesan serta menarik. Di samping itu turut melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Saya berpandangan elok saja jika sistem peperiksaan diteruskan. Ia penting untuk menguji tahap kematangan ilmu seseorang [klik di sini]. Cuma sistem pendidikan kita perlu diperkemaskan lagi agar ia benar-benar boleh mencapai matlamat yang diinginkan terutama dalam melahirkan golongan pemimpin yang kuat pegangan agamanya, amanah serta mampu memacu negara ke arah yang lebih baik.

p/s: Nak mansuh atau tidak, yang penting belajar tetap belajar. Jangan belajar hanya kerana peperiksaan. Belajar kerana ilmu. Tuntut ilmu kerana Allah...

Tiada ulasan: