Semalam saya dijemput untuk menyampaikan ucapan nasihat sempena musim peperiksaan di dalam majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan Majlis Tertinggi Pengurusan Negeri Sembilan. Antara perkara yang saya sentuh ialah tentang objektif peperiksaan. Saya terlintas mengenai perkara ini apabila terbaca dua firman Allah Ta'ala yang menyebut tentang kalimah 'imtihan' yang membawa maksud ujian / peperiksaan. Saya cuma boleh rumuskan bahawa objektif peperiksaan ada dua iaitu:
[1] Untuk menguji kematangan pemahaman kita terhadap subjek-subjek yang dipelajari.
[2] Untuk menguji kejujuran kita dalam mengulangkaji pelajaran.
Adapun objektif peperiksaan adalah untuk menguji kematangan pemahaman kita terhadap subjek-subjek yang dipelajari, saya dapat mengesannya melalui pemahaman terhadap firman Allah Ta'ala, mafhumnya:
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara-suara mereka di sisi Rasulullah adalah orang-orang yang diuji hati-hati mereka untuk bertaqwa.. [Surah al-Hujurat: 3]
Ertinya, hati-hati mereka diuji oleh Allah Ta'ala untuk melihat kematangan iman mereka. Kematangan dan kemantapan iman mereka dilihat terserlah melalui adab mereka terhadap Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Kerana itu, mereka layak menerima anugerah taqwa. Sama seperti peperiksaan yang kita hadapi di dunia akademik adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kematangan pemahaman kita terhadap ilmu yang dipelajari. Kematangan pemahaman dan pemikiran terhadap sesuatu subjek akan terserlah melalui jawapan yang dikemukakan dalam peperiksaan. Jawapan yang cemerlang lahir daripada pemahaman dan penguasaan ilmu yang matang dan mantap. Lalu membawa kepada hasil yang cemerlang juga.
Manakala peperiksaan menguji kejujuran kita dalam mengulangkaji pelajaran, saya mengesannya melalui firman Allah Ta'ala, mafhumnya:
Apabila wanita-wanita yang beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah mereka.. [Surah al-Mumtahanah: 10]
Ertinya ujilah kejujuran mereka dalam berhijrah kerana boleh jadi mereka berhijrah dengan maksud yang lain bukan kerana Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga dengan peperiksaan, menguji kejujuran kita dalam mengulangkaji pelajaran. Kalau pelajaran diulangkaji dengan baik, maka kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik juga. Namun kalau tidak jujur, maka kita tidak akan dapat menjawabnya malah boleh jadi kita akan menipu dan meniru ketika peperiksaan.
Konklusinya, dua objektif tersebut mengajak kita untuk bermuhasabah sejauh mana kita telah melakukan persediaan terbaik untuk menghadapi peperiksaan. Selamat menempuh peperiksaan.
p/s: Tahun ini tahun akhir pengajian saya di sini. Harap dapat graduate pada tahun ini. Tolong doakan ye..
Humair,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr,
Kaherah, MESIR.

1 ulasan:
salam...doakan saye sekali...risau gak ni
Catat Ulasan