11 Januari 2011

Buta Mata Hati

Al-'Arif billah al-Imam Ahmad bin 'Atoillah as-Sakandari (wafat 709 Hijrah) radhiyallahu 'anhu berkata menerusi hikam beliau:

Kesungguhan anda dalam (mencari) perkara yang telah dijamin buat anda (iaitu rezeki) dalam keadaan anda mengabaikan perkara yang dituntut daripada anda (untuk dilakukan iaitu ibadah) adalah bukti bahawa mata hati anda telah buta.

Rezeki telah dijamin oleh Allah Ta'ala sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi. Dalam sebuah hadith yang menceritakan tentang proses penciptaan manusia di dalam rahim, antara perkara yang disebutkan ialah apabila bayi telah sempurna ciptaannya lalu Allah Ta'ala mengutuskan satu malaikat yang bertugas untuk meniupkan roh ke dalam jasad bayi tersebut serta mencatatkan empat perkara iaitu rezeki, ajal, amalan dan statusnya sama ada bahagia atau celaka. Oleh itu rezeki telah dijamin. Cuma kita dituntut untuk mencarinya dan menggunakannya pada tempat yang betul serta membelanjakannya di jalan yang betul juga.

Namun sayangnya kebanyakan manusia lebih bersungguh-sungguh mencari rezeki yang telah pun dijamin sambil mengabaikan perkara yang sepatutnya dilakukan malah dituntut untuk dilakukan iaitu ibadah. Kita dicipta oleh Allah Ta'ala untuk beribadah kepada-Nya. Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:

Aku (Allah) telah mencipta jin dan manusia hanya untuk beribadah kepada-Ku. [Surah az-Zaariyat: 56]

Kesungguhan manusia dalam mencari perkara yang telah dijamin di samping mengabaikan ibadah yang wajib merupakan bukti bahawa mata hatinya telah buta. Ini adalah kerana dia bersungguh-sungguh untuk mencari perkara yang telah dijamin seolah-olah dia merasa ragu-ragu bahawa rezeki itu akan lari. Perkara yang telah dijamin tidak akan ke mana apatah lagi yang menjaminnya adalah Allah Ta'ala Tuhan sekelian alam. Sudahlah dia merasa ragu dengan jaminan Allah Ta'ala, dia melakukan kesalahan yang kedua pula iaitu meninggalkan kewajipan beribadah kerana terlalu asyik mencari rezeki. Ini adalah bukti bahawa mata hatinya telah buta daripada melihat Tuhan Yang Memberi Rezeki dan Menjaminnya kerana serpihan-serpihan kaca nafsu duniawi telah membutakan mata hatinya. Dia hanya melihat rezeki dan kemampuan dirinya untuk mencari rezeki. Adapun Tuhan yang mengatur rezeki, dia tidak nampak lagi.

Orang yang telah buta mata hatinya sukar untuk mendapat hidayah. Mata hatinya yang buta membuatkan mata nafsunya menjadi celik. Mata nafsunya hanya melihat rezeki tanpa menghiraukan cara rezeki itu diperolehi. Cara halal atau cara haram. Bila mata nafsu menjadi celik, maka maksiat sewenang-wenangnya dilakukan. Ketika itu, dia semakin jauh daripada Allah Ta'ala.

Konklusinya, kita mesti meyakini bahawa rezeki kita telah pun dijamin oleh Allah Ta'ala. Kita dituntut untuk berusaha mencari rezeki dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kewajipan beribadah. Oleh itu, kita telah menghimpunkan dua sifat terpuji iaitu usaha dan tawakal. Inilah rahsia kekuatan para hamba Allah yang soleh.

Wallahu a'lam.

p/s: Buta mata masih ada yang sudi membantu. Buta hati tiada siapa boleh membantu.

2 ulasan:

barakallah berkata...

Syukran...ilmu yang bermanfaat...sesuai dengan lagu 'Mata Hati'~hijjaz...

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI