09 Januari 2011

Memahami Islam Melalui Sirah

Sirah Nabawiyyah merupakan perjalanan hidup seorang tokoh terkemuka yang berwibawa iaitu Nabi kita Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Perjalanan hidup baginda bukan suatu kisah dongeng atau rekaan yang sekadar sebagai halwa telinga untuk tujuan hiburan tetapi sirah baginda adalah kisah perjalanan hidup sebenar yang diatur kemas oleh Allah Ta'ala. Kisah hidup seorang insan yang berjaya mengubah dunia sehingga mendapat pengiktirafan sebagai tokoh paling berpengaruh di dunia dan diletakkan di tempat pertama. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan hidup baginda boleh dijadikan pengajaran dan renungan sebagai pedoman kita selaku umat baginda.

Sirah Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam boleh dijadikan panduan untuk memahami Islam. Jika kita ingin memahami Islam, kita perlu mengenali tokoh yang membawa Islam dan memahami perjalanan hidupnya kerana pemahaman yang jelas terhadap sirah tokoh ini akan membawa kepada pemahaman Islam. Amat malang mutakhir ini umat Islam gagal memahami Islam dengan baik hasil daripada kegagalan mereka memahami sirah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam lalu mendedahkan Islam kepada kecaman dan serangan pihak bukan Islam yang sememangnya tidak memahami Islam dan Nabi Islam.

Memahami sirah boleh membantu untuk memahami Islam berdasarkan perkara-perkara berikut:

[1] Memahami keperibadian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam melalui penghayatan terhadap perjalanan hidup baginda akan menguatkan keyakinan bahawa baginda bukan sekadar manusia biasa yang genius dan berpengaruh. Baginda adalah manusia luar biasa yang mendapat sokongan wahyu. Segala tindak-tanduk baginda disokong oleh roh wahyu kerana kehidupan baginda sememangnya diatur kemas oleh Allah Ta'ala agar boleh dijadikan contoh tauladan buat semua manusia. Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa perjalanan hidup baginda itu sendiri merupakan mukjizat. Ini menjadi bukti kukuh bahawa Islam adalah agama yang benar.

[2] Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam merupakan contoh tauladan dalam segenap aspek kehidupan. Hakikat Islam itu terpancar jelas pada keperibadian baginda. Jika kita ingin berbicara tentang keseimbangan Islam, maka kita dapat melihatnya dengan jelas pada keperibadian Nabi kita yang sangat seimbang. Baginda adalah Rasulullah, namun dalam masa yang sama bertindak sebagai individu cemerlang, suami misali, bapa penyayang, jiran peramah, sahabat yang baik, pemimpin negara yang bijaksana, panglima perang yang gagah perkasa, imam sembahyang yang sempurna, guru yang berhikmah, penasihat yang cerdik dsb. Kesemua keperibadian ini diatur dalam ruang lingkup yang sangat cantik. Subhanallah!

[3] Pemahaman terhadap sirah akan membantu kita untuk memahami al-Qur'an. Al-Qur'an itu dipamerkan ajarannya melalui keperibadian Nabi kita kerana baginda adalah al-Qur'an yang berjalan di permukaan bumi. Justeru itu, pemahaman al-Qur'an tidak boleh dipisahkan daripada pemahaman terhadap sunnah. Bila kedua perkara ini dapat difahami, maka Islam juga boleh difahami.

[4] Kajian terhadap sirah boleh menghasilkan kekuatan ilmu. Ini adalah kerana sirah Nabi kita boleh dijadikan panduan untuk mengistinbatkan faedah-faedah halus dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, fiqh, tasawuf juga urusan keduniaan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam sangat menggalakkan perkembangan ilmu.

[5] Bagi mereka yang terjun dalam bidang dakwah dan tarbiyah, kajian terhadap sirah sangat membantu. Justeru, para pendakwah perlu memahami sirah dengan baik dalam usaha untuk memperkenalkan Islam.

Wallahu a'lam.

1 ulasan:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI