24 September 2010

Tradisi Yang Perlu Diteruskan

Sekali lagi pada tahun ini, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang kini telah pun berusia 80 tahun menganjurkan Majlis Pembacaan Hadith buat kali kedua. Pada tahun lepas, Majlis Pembacaan Hadith siri pertama telah pun berjaya diadakan walaupun berhadapan dengan pelbagai mehnah. Namun rasa bersyukur kerana ia tetap berjalan seperti yang dirancang ditambah pula dengan sokongan para masyaikh yang dengan penuh keikhlasan bersama-sama PMRAM bagi meneruskan majlis yang penuh keberkatan ini.
Masih segar di ingatan, majlis penutup dirasmikan oleh Mufti Republik Arab Mesir sendiri, Prof. Dr. Ali Juma'ah. Rasa seronok dan hati terasa tenang dilimpahi cahaya hadith-hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Sungguh! PMRAM telah menghidupkan sunnah dan tradisi yang baik serta ianya perlu diteruskan.

Semoga siri kedua kali ini berjalan dengan lancar. Semoga 'inayah Allah Ta'ala sentiasa bersama PMRAM dalam menjayakan majlis yang penuh keberkatan ini. Pembacaan hadith adalah tradisi para ulama'. Mereka melazimi membaca hadith-hadith sehingga ratusan kali. Tradisi ini adalah tradisi yang perlu diteruskan lebih-lebih lagi di zaman yang menyaksikan umat Islam semakin jauh daripada sunnah-sunnah Nabi mereka sendiri. 

Semoga PMRAM terus istiqamah dalam menganjurkan majlis-majlis sebegini. Semoga bantuan Allah sentiasa bersama-sama PMRAM dalam meneruskan sunnah yang mulia ini dengan keberkatan Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Amin.

p/s: Terasa sayang nak tinggalkan Mesir.. Bilakah lagi berpeluang nak datang ke sini?..

Humair,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr,
KAHERAH.


Tiada ulasan: