12 Januari 2011

Huraian Ringkas Doa Pengharapan


Doa ini merupakan antara doa yang disusun oleh guru kami al-'Arif billah Sayyid Muhammad Kholil al-Khotib (1909-1986) radhiyallahu 'anhu. Penulis pernah memuatkan biografi beliau. Boleh baca di sini.


Huraian doa ar-Roja' (Pengharapan)

[1] Wahai Tuhanku! (Kurniakan) keampunan yang meliputi kesalahanku;
(Lantas) menjadikan impianku tercapai serta menyingkap kesusahanku.

Huraian:

Keampunan Allah Ta'ala itu sangat luas. Keluasan keampunan-Nya itu meliputi kesalahan lalu dosa-dosa yang dilakukan tersembunyi malah terhapus. Oleh itu, guru kami memulakan doa ini dengan memohon keampunan Allah Ta'ala yang sangat luas agar ia meliputi kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Ini juga menunjukkan bahawa di antara adab berdoa selain daripada memulakan doa tersebut dengan Basmalah, memuji Allah Ta'ala dan berselawat ke atas Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, kita juga dituntut untuk memohon keampunan Allah Ta'ala terlebih dahulu sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Ini adalah kerana dosa menjadi punca yang menghalang doa daripada diperkenankan. Apabila dosa telah dihapuskan, maka impian kita menjadi mudah untuk direalisasikan oleh Allah Ta'ala lalu kesusahan yang kita hadapi juga tersingkap dengan mudahnya. Dapat difahami di sini bahawa dosa adalah penghalang segala kenikmatan. Kerana itu, sebuah syair Arab pernah menyatakan (maksudnya):

Jika engkau bergelumang dengan nikmat maka peliharalah ia;
Kerana maksiat itu hanya akan menghapuskan nikmat yang ada.

Peliharalah nikmat itu dengan kesyukuran dan ketaatan. Bukan dengan melakukan dosa kerana ia akan menghilangkan nikmat malah membuatkan nikmat terhalang daripada sampai kepada kita. Jika kita mendapat nikmat sekalipun dalam keadaan kita melakukan maksiat, maka sedarilah ia bukannya nikmat sebaliknya ia adalah istidraj.

[2] Membuatkan daku bersedia menerima limpahan-Mu kerana aku;
Sangat memerlukan limpahan hadhrat-Mu wahai Tuhanku.

Huraian:

Apabila dosa telah terhapus, maka hati menjadi tenang dan lapang. Ketika itu hati telah bersedia untuk menerima limpahan rahmat dan ilmu serta cahaya daripada Allah Ta'ala. Setiap muslim mempunyai kepelbagaian keadaan ketika menerima limpahan rahmat, ilmu, cahaya dan keberkatan daripada Allah Ta'ala. Kepelbagaian keadaan itu bergantung kepada sejauh mana persediaan hati untuk menerimanya. Jika hati tersebut diselaputi dosa, maka ia tidak bersedia untuk menerima limpahan Allah Ta'ala. Hati yang bersih adalah wadah yang telah pun bersedia untuk dicurahkan ke dalamnya limpahan Allah Ta'ala. Kita sebagai hamba-Nya sangat memerlukan limpahan rahmat dan ilmu daripada-Nya. Dengan limpahan tersebut, hati menjadi bersemangat untuk melakukan ibadah sehingga akhirnya sampai ke destinasi hakiki iaitu Allah Ta'ala. Di antara doa yang disebut di dalam al-Qur'an ialah firman Allah Ta'ala, mafhumnya:

Tuhan kami! Janganlah Engkau palingkan hati kami (daripada kebenaran) setelah Engkau berikan petunjuk buat kami (ke arah kebenaran itu) dan kurniakan kami (limpahan) rahmat dari sisi-Mu (iaitu rahmat yang khusus) kerana Engkau Maha Pemberi Kurniaan. [Surah Aali 'Imran: 8]

[3] Dengan (hak Sayyiduna) Muhammad sebaik-baik makhluk yang dengannya;
Engkau menunaikan dengan segera harapan golongan yang meminta. 

Huraian:

Dalam doa ini, guru kami bertawasul dengan Nabi kita Sayyiduna Muhammad sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam kerana baginda adalah sebab kepada termakbulnya doa. Bagaimana tidak! Baginda adalah sebaik-baik makhluk. Insan agung yang menjadi sebab kepada dunia ini bersinar kembali setelah diselubungi kegelapan kekufuran dan kejahilan. Baginda menjadi sebab kepada nikmat Islam yang kita kecapi hari ini. Allah Ta'ala memperkenankan harapan golongan yang meminta daripada-Nya dengan sebab Sayyiduna Muhammad sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Siapa yang mengajar kita cara berdoa dan adab-adabnya? Siapa yang mengajar kita lafaz-lafaz doa? Siapa yang memberitahu kita cara untuk membuatkan doa kita termakbul? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi kita Sayyiduna Muhammad sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Walaupun di dalam doa kita tidak bertawasul dengan baginda, namun bila doa kita diperkenankan hakikatnya ialah dengan sebab baginda. Cuma kita tidak menyedarinya. Kalaulah penentang-penentang tawasul dengan baginda memahami hakikat ini, pasti mereka tidak akan menentang.

[4] (Juga) dengan (hak) keluarga baginda yang bertuah, tinggi dan utama;
Yang membantu al-Hanif (agama Islam) serta ikhlas dalam berdoa.

Huraian:

Guru kami juga turut bertawasul dengan Ahli Bait 'alaihimussalam. Ini adalah kerana mereka merupakan golongan bertuah disebabkan mereka adalah keluarga Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Bukan itu sahaja malah mereka adalah golongan yang mempunyai kedudukan yang tinggi serta perlu diutamakan kerana mereka adalah keluarga Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Mereka wajib dicintai kerana cinta mereka membawa erti cintakan Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Malah mereka juga bersungguh-sungguh membantu Islam dengan ilmu, nyawa, harta, masa dan tenaga mereka. Mereka juga ikhlas dalam berdoa. Kerana itu, mereka juga layak untuk dijadikan sebab buat kita untuk mencapai apa yang kita harapkan. Bertawasul dengan mereka juga bererti bertawasul dengan Nabi kita Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam.

[5] Limpahkan selawat ke atas baginda diiringi keberkatan dan kesejahteraan;
Juga ke atas keluarga baginda dan kuatkan umat ini dengan bantuan.

Huraian:

Guru kami menutup doa ini dengan selawat ke atas Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam dan ahli keluarga baginda sebagai suatu adab dalam berdoa. Di samping itu memohon agar Allah Ta'ala sentiasa membantu umat Islam.

Wallahu a'lam.

2 ulasan:

al-Faqir Ila ALLAH Ta'ala berkata...

ما شاء الله

ما شاء الله


بوركتم

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI