20 Mac 2009

Belasungkawa

Semalam saya menerima berita bahawa kekanda Khairul Azhar atau panggilan mesranya abang KA telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.15 malam waktu Malaysia. Rasa seperti tidak percaya pula. Saya menelefon rakan saya Ustaz Safrizal untuk mendapatkan kepastian. Beliau mengesahkan bahawa abang KA telah meninggal dunia. Perasaan ketika itu sangat hiba dan saya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Terasa sedih sangat.. Terimbau kenangan ketika bersama beliau di sini (Mesir) dahulu. Saya akui bahawa beliau adalah antara insan yang rapat dengan saya. Beliau yang memperkenalkan saya erti perjuangan dan beliau adalah contoh terbaik dalam menunjukkan semangat perjuangan yang sebenar. Ketika saya menjadi Setiausaha Agung Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir (BAKANS) bagi sesi 2005/06 (sebelum ia dibekukan), beliau menjadi penasihat BAKANS. Saya terkesan sedikit sebanyak dengan beliau bila beliau memimpin usrah Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT). Kalamnya, gaya dan tindakannya. Saya masih simpan lagi surat yang beliau berikan kepada saya ketika saya mula-mula dilantik sebagai SUA. Surat penuh makna yang mengandungi nasihat dan pedoman. Bila terkenang itu semua, rasa seperti baru semalam bersama beliau. Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi beliau. Mati tetap mati. Namun semangat yang beliau tunjukkan akan kekal di sanubari. Perjuangan beliau akan kekal untuk diteruskan. Abang KA, kami memang sedih dengan pemergianmu. Sangat sedih. Namun apakan daya, walaupun kami menyayangimu, Allah lebih menyayangimu. Saya sangat terkesan dengan satu kalam yang beliau ucapkan ketika kami berbual-bual dulu, "Abang ni belajar tak hebat sangat pun. Tapi abang selalu beritahu mak abang yang abang nak jadi seorang yang hebat untuk Islam..."

Terima kasih abang KA atas segala tunjuk ajarmu selama ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Buat kak Ajibah dan anak-anak buah kami, bersabar ye. Ada hikmah di sebalik semua ini. Walaupun kami bersedih dengan pemergian abang KA, tapi kami hanya mengucapkan apa yang diucapkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ketika Baginda menangisi pemergian putera Baginda, Ibrahim al Kholil عليه السلام ,"Mata menangis dan hati pilu berduka, namun kami tidak akan mengucapkan kalimah kecuali kalimah yang diredhai Allah. Sesungguhnya kami sangat sedih dengan pemergianmu..." Al Fatihah untuk abang KA..

Berita ketika beliau dalam keadaan kritikal klik di sini

Berita ketika beliau telah meninggal dunia klik di sini

Abang KA, semangatmu akan terus dikenang klik di sini

Tiada ulasan: