25 Mac 2009

Kenapa??

Sejak kebelakangan ini, saya sering berfikir dan berfikir. Walaupun tiada mood, namun otak terus berjalan untuk berfikir. Saya sering berfikir tentang diri sendiri. Sejak kebelakangan ini juga, saya sering terfikir mengapa saya mengalami perubahan emosi. Cuma saya tidak mampu untuk mencari jawapannya. Ada satu perkara penting yang selalu saya terfikir: Mengapa malas??

Saya secara peribadi tidak dapat menjawab soalan ini sebab ia terkena pada batang hidung saya sendiri. Cuma dalam ruangan kali ini, saya ingin meminta jasa baik sidang pembaca untuk menjawab soalan ini bagi pihak saya. Harap sudi menjawabnya. Kepada sesiapa yang melawat blog saya ini, diharap boleh memberikan jawapannya di ruangan komen. Saya menerima apa jua jawapan dan elok jika disertakan nasihat sekali. Terima kasih atas jasa baik anda semua.

p/s: Sebenarnya memang rasa malas sejak akhir-akhir ini...

1 ulasan:

Farah Imani berkata...

Malas?
Siapa yg tidak pernah mengalami penyakit ini..
Pernah saya dikejutkan dengan kata2 daripada seseorang ini(bukan pelajar jurusan agama)..
"Saya membuat kesimpulan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar yang mengambil bidang agama ini sgt MALAS"
kenapa?
saya tanya diri sendiri?
adakah benar?
mungkin ada benarnya...
tapi berpegang dengan "Demi MASA" sesungguhnya manusia sentiasa dlm kerugian..
Dan sentiasa igt bahawa "Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yg kita miliki"

sekadar hanya~
pandangan dari insan dhaif :)