02 Mac 2008

Al Quran Difitnah Lagi

Kitab al-Quran pula difitnah

Ahli politik Belanda mahu tayang filem kutuk ayat suci, tolak nasihat PM

AMSTERDAM: Seorang ahli perundangan Belanda, Geert Wilders, mendesak al-Quran diharamkan dan menyamakan kitab suci itu dengan buku Nazi Jerman, Mein Kampf, serta menegaskan filem mengenai pandangan jahatnya terhadap al-Quran akan tetap ditayangkan.

Wilder, sebelum ini berkata, filem itu akan menunjukkan bagaimana al-Quran mencetuskan keganasan dan ketidakadilan terhadap wanita serta golongan homoseksual. Beliau juga menegaskan, reaksi negatif terhadap filem itu 'cuma membuktikan' Islam wajar dikritik.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende, meminta Wilders mengkaji semula langkah untuk menyiarkan filem itu,'

Beliau memberi amaran, negara itu akan berdepan risiko sekatan ekonomi negara Islam selain kemungkinan rakyat Belanda dan kepentingannya di luar negara diserang jika ahli politik berhaluan kanan berkenaan tetap dengan hasrat menayangkan filem itu.

"Produk Belanda sudah pun ditolak, kumpulan Taliban mengumumkan tindakan ke atas tentera Belanda, pramugari dan pramugara takut untuk bertugas dalam penerbangan tertentu," katanya kepada wartawan dalam satu taklimat.

Balkenende juga tidak menolak kemungkinan rakyatnya dibunuh. Beliau tidak mendesak Wilders menghentikan hasratnya menayangkan filem itu tetapi menegaskan kerajaan Belanda tidak berkongsi idea biadap Wilders.

Berikutan amaran itu, Wilder, berkata dalam laman webnya: "Perdana Menteri kita amat takut dengan akibat tayangan filem itu sehingga sanggup tunduk kepada Islam daripada mempertahankan nilai dan hak demokratik kita.

"Saya hendak menjelaskan: filem itu tetap ditayangkan."

Wilders, yang menjadi sasaran ancaman bunuh di laman web militan, berkata beliau sudah menyiapkan filem itu dan sedang berunding dengan stesen televisyen untuk penayangannya.

Media melaporkan ia dijangkakan ditayangkan pada Mac atau April ini.

Parti pimpinan Wilders mempunyai sembilan daripada 150 kerusi dalam Parlimen Belanda, dan mendapat sokongan dalam tinjauan baru-baru ini.

Beliau memberi amaran 'tsunami Islam' di negara itu yang mempunyai hampir sejuta penduduk Islam.

Tiga syarikat Belanda menggesa Wilders tidak menayangkan filem berkenaan dan berkata ia akan menjejaskan perdagangan.

"Kami menolak kenyataan menghina dan tidak hormat," kata pengerusi kumpulan majikan VNO-NCW, Bernard Wientjes. AP/Reuters

*Sumber: Berita Harian, Ahad 2 Mac 2008, laman Dunia.

Komentar saya:

Ini adalah satu lagi tindakan kurang ajar golongan anti-Islam. Menyamakan al Quran dengan buku fahaman Nazi Jerman adalah suatu tindakan yang sangat biadap. Al Quran masih lagi menjadi sasaran fitnah yang tidak pernah putus hanya kerana ia membuktikan kebenaran. Perkataan si kafir dalam berita di atas mengenai tsunami Islam membayangkan ketakutan beliau sebenarnya terhadap kebangkitan Islam. Tuduhan beliau terhadap al Quran bahawa ia mencetuskan keganasan dan ketidakadilan terhadap golongan homoseksual dan wanita adalah suatu tuduhan yang tidak berasas dan menjijikkan juga menunjukkan beliau adalah pendokong homoseksual. Agaknya beliau sudah hilang akal. Maklumlah individu seperti beliau adalah dari golongan yang tidak bertuhan. Tuhan mereka hanyalah nafsu syahwat yang tidak pernah puas dan melanggar batas naluri manusia. Semoga Allah melaknat si kafir ini!!

Tiada ulasan: