Alhamdulillah, saya baru saja selesai menduduki peperiksaan fasal kedua. Fasal kali ini agak berat kerana saya mengambil 8 subjek berbanding fasal pertama sebanyak 4 subjek saja. Jadi tahun ini, subjek yang saya ambil berjumlah 12 kesemuanya. Sekarang bermulanya cuti musim panas sambil menunggu keputusan yang akan keluar pada bulan Ogos nanti.
Secara ringkas, sistem pengajian di al Azhar terbahagi kepada dua fasal. Kalau di fakulti Syariah, secara umum jumlah subjek yang diambil setiap tahun adalah 12. Namun begitu, pembahagian subjek untuk kedua-dua fasal tidak menentu. Kebiasaannya jumlah subjek pada fasal satu adalah sedikit berbanding jumlah subjek untuk fasal dua. Peperiksaan juga diadakan secara dua fasal. Namun keputusan keluar bersama pada bulan Ogos.
Menurut akhbar di Mesir, tahun ini para pelajar al Azhar yang menduduki peperiksaan di seluruh Mesir berjumlah lebih kurang 250 000 orang. Kebanyakannya di Kaherah yang merupakan kampus induk al Azhar. Ramai bukan? Di fakulti Syariah sendiri, untuk tahun dua sahaja terdapat lebih kurang 20 000 pelajar. Saya adalah pelajar yang ke 15 191 sebagaimana yang tercatit di dalam kad pelajar saya.
Bila bercerita tentang peperiksaan di al Azhar, bagi saya ia sesuatu yang unik dan ada kelainan berbanding peperiksaan universiti yang lain. Markah lulus bergantung penuh pada jawapan di atas kertas peperiksaan. Tiada markah tambahan. Tiada markah aktiviti persatuan, kerja kursus dan sebagainya. Segala-galanya bergantung penuh pada kertas jawapan. Kerana itu, bagi sesetengah pihak adalah suatu yang sukar untuk memperolehi keputusan yang memuaskan. Bagi saya, sistem ini menarik kerana ia mencabar. Membuatkan kita tak senang duduk. Perlu rajin belajar dan ulangkaji kerana markah hanya ada menerusi kertas jawapan. Kalau anda aktif berpersatuan, ia tidak membantu markah sedikit pun. Ditambah dengan ketiadaan kerja kursus. Kalau ada pun, ia bukan suatu yang lazim. Bukan saya memandang remeh kerja kursus atau aktiviti berpersatuan yang ada di universiti lain. Saya cuma ingin menceritakan kelainan al Azhar.
Apapun, doakan saya agar berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Saya akui, belajar di al Azhar agak mencabar. Namun tidak bererti kejayaan mustahil untuk dicapai. Selamat berjuang untuk rakan-rakan seperjuangan di al Azhar!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan