Allah Ta'ala berfirman mafhumnya:
Bulan Ramadhan itu adalah (bulan) yang diturunkan padanya al Quran sebagai petunjuk kepada manusia serta mengandungi penjelasan terhadap petunjuk tersebut dan sebagai pembeza (antara kebenaran dan kebatilan). [al Baqarah: 185]
Ada beberapa kesimpulan yang boleh diambil daripada ayat ini:
Allah Ta'ala hanya menjelaskan bahawa Dia telah menetapkan 12 bulan dalam setahun tanpa menyebut nama bulan-bulan tersebut secara jelas. Ini berbeza dengan bulan Ramadhan yang dizahirkan oleh Allah Ta'ala namanya secara khusus. Maka ini adalah bukti kemuliaan bulan Ramadhan. Kita sedia maklum bahawa nama-nama individu yang disebut secara khusus di dalam al Quran pasti mengandungi makna yang tersendiri. Sama ada individu tersebut mulia atau pun hina. Nama-nama para Nabi 'alaihimussalam, Luqman, Zulqornain, Maryam dan Uzair adalah insan-insan mulia yang diabadikan oleh Allah Ta'ala di dalam kitab-Nya kerana kemuliaan mereka dan kerana ia mengandungi mesej berupa teladan dan pedoman sepanjang zaman. Manakala nama Iblis, Fir'aun, Haman dan Qarun pula adalah insan-insan yang hina dan terlaknat. Nama mereka turut diabadikan sebagai peringatan dan pengajaran buat insan sejagat. Kerana itu guru kami al Imam Sayyid Muhammad al Khatib radhiyallahu 'anhu berpandangan bahawa di antara Sayyidah Maryam dan Sayyidah Fatimah al Zahra' 'alaihimassalam, Sayyidah Maryam adalah wanita yang mulia dengan alasan yang mudah iaitu kerana nama beliau disebut secara khusus di dalam al Quran.[1]
Ayat ini merupakan penjelasan kepada ayat 185 surah al Baqarah yang kita bicarakan ini.
Di dalam ayat ini pula, Allah Ta'ala menggunakan kata kerja 'nazzala' (menurunkan sesuatu secara berkali-kali) yang menunjukkan pengulangan, pemeringkatan dan ansuran.
Humair,
Nasr City, Kaherah, MESIR.
Bibliografi:
- Al Junnah fi 'Aqidah Ahlil Jannah, al Imam Sayyid Muhammad Khalil al Khatib al Hasani, cetakan 2006, Darul Basyir, Tanta, Mesir.
- Al Itqan fi 'Ulum al Quran, al Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakar al Suyuti al Syafi'i, cetakan 1427 H (2006 M), Darul Hadith, Mesir.
_______________________
[1] Al Junnah.
[2] Al Itqan, m/s 142.

- Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Kemuliaan ini jelas terlihat apabila namanya disebut secara terang-terangan di dalam ayat ini berbanding bulan-bulan yang lain. Di dalam ayat 36 surah al Taubah, Allah Ta'ala menjelaskan bahawa bilangan bulan-bulan dalam setahun itu adalah 12 bulan sebagaimana firman-Nya:
Allah Ta'ala hanya menjelaskan bahawa Dia telah menetapkan 12 bulan dalam setahun tanpa menyebut nama bulan-bulan tersebut secara jelas. Ini berbeza dengan bulan Ramadhan yang dizahirkan oleh Allah Ta'ala namanya secara khusus. Maka ini adalah bukti kemuliaan bulan Ramadhan. Kita sedia maklum bahawa nama-nama individu yang disebut secara khusus di dalam al Quran pasti mengandungi makna yang tersendiri. Sama ada individu tersebut mulia atau pun hina. Nama-nama para Nabi 'alaihimussalam, Luqman, Zulqornain, Maryam dan Uzair adalah insan-insan mulia yang diabadikan oleh Allah Ta'ala di dalam kitab-Nya kerana kemuliaan mereka dan kerana ia mengandungi mesej berupa teladan dan pedoman sepanjang zaman. Manakala nama Iblis, Fir'aun, Haman dan Qarun pula adalah insan-insan yang hina dan terlaknat. Nama mereka turut diabadikan sebagai peringatan dan pengajaran buat insan sejagat. Kerana itu guru kami al Imam Sayyid Muhammad al Khatib radhiyallahu 'anhu berpandangan bahawa di antara Sayyidah Maryam dan Sayyidah Fatimah al Zahra' 'alaihimassalam, Sayyidah Maryam adalah wanita yang mulia dengan alasan yang mudah iaitu kerana nama beliau disebut secara khusus di dalam al Quran.[1]
- Bulan Ramadhan itu memiliki kemuliaannya kerana al Quran diturunkan padanya. Jika al Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan bererti ianya diturunkan pada malam al Qadar kerana malam al Qadar itu hanya terjadi di bulan Ramadhan. Ini disokong pula oleh firman Allah Ta'ala mafhumnya:
Ayat ini merupakan penjelasan kepada ayat 185 surah al Baqarah yang kita bicarakan ini.
- Ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa al Quran itu diturunkan sekaligus di bulan Ramadhan. Ini berdasarkan kepada kata kerja 'unzila' (diturunkan) yang membawa maksud diturunkan sekaligus. Iaitu dari Luh Mahfuz ke langit pertama sebagaimana pendapat para ulama'. Cuma mereka berbeza pendapat mengenai cara penurunannya dari Luh Mahfuz kepada 3 pendapat sebagaimana yang dinukilkan oleh al Hafiz Jalaluddin al Suyuti radhiyallahu 'anhu. Sila rujuk kitab al Itqan fi 'Ulum al Quran.[2] Setelah itu barulah ianya diturunkan secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun sebagaimana firman Allah Ta'ala mafhumnya:
Di dalam ayat ini pula, Allah Ta'ala menggunakan kata kerja 'nazzala' (menurunkan sesuatu secara berkali-kali) yang menunjukkan pengulangan, pemeringkatan dan ansuran.
- Al Quran itu diturunkan sebagai petunjuk bahkan Allah Ta'ala menjadikannya sebagai penjelasan terhadap petunjuk tersebut. Ini melambangkan rahmat dan kasih sayang-Nya terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak meninggalkan hamba-hamba-Nya dalam kebingungan, lalu diberinya petunjuk berserta penjelasannya sekali secara terperinci. Maka tidak ada petunjuk yang lebih sempurna selain daripada petunjuk al Quran. Sesiapa yang menjadikan ideologi atau fahaman lain sebagai petunjuk selain daripada al Quran, maka dia hanya menghampiri kesesatan bahkan terjerumus ke dalamnya.
- Al Quran itu adalah petunjuk buat seluruh manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, taraf pendidikan, kedudukan dan jantina. Sesiapa saja boleh menjadikan al Quran sebagai petunjuk jika dia benar-benar inginkan petunjuk. Al Quran bukan seperti Taurat, Zabur dan Injil yang hanya dikhususkan buat Bani Israel semata-mata. Ia juga bukan seperti Veda-veda Hindu yang hanya boleh dinikmati oleh kasta-kasta tertentu sahaja. Bahkan ia adalah petunjuk buat alam semesta kerana ia diturunkan oleh Allah Tuhan semesta alam dan kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang diturunkan ke atas Baginda al Quran itu adalah utusan Allah ke sekelian alam. Firman Allah Ta'ala mafhumnya:
- Al Quran juga diturunkan sebagai piawaian yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Sesiapa yang ingin menilai sesuatu perkara dari sudut kebenaran dan kebatilannya, maka hendaklah dia merujuk kepada al Quran. Tiada suatu idea, fahaman mahupun teori yang mampu membezakan kebenaran atau kebatilan sesuatu secara halus berbanding al Quran. Ini adalah kerana al Quran diturunkan oleh Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Humair,
Nasr City, Kaherah, MESIR.
Bibliografi:
- Al Junnah fi 'Aqidah Ahlil Jannah, al Imam Sayyid Muhammad Khalil al Khatib al Hasani, cetakan 2006, Darul Basyir, Tanta, Mesir.
- Al Itqan fi 'Ulum al Quran, al Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakar al Suyuti al Syafi'i, cetakan 1427 H (2006 M), Darul Hadith, Mesir.
_______________________
[1] Al Junnah.
[2] Al Itqan, m/s 142.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan