25 Oktober 2010

Akhirnya Terbela Juga..

Keluarga bawah jambatan dibela


KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam kisah menyayat hati sebuah keluarga dan dua lelaki yang merempat di bawah jambatan di lebuh raya disiarkan Kosmo!, nasib mereka kini terbela apabila Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh tampil menghulurkan bantuan.
Kini kesemua mereka ditempatkan di asrama Wisma Belia di Jalan Syed Putra di sini.
Muhd. Khairun yang juga Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berkata, mereka dibenarkan tinggal di situ buat sementara waktu selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan asrama tersebut.
Katanya, pihaknya akan cuba mendapatkan kediaman untuk mereka melalui skim bantuan perumahan rakyat termiskin.
“Pemuda UMNO amat tersentuh hati dengan kehidupan mereka yang begitu daif dan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya selepas melawat keluarga dan dua lelaki itu di bawah jambatan Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) di sini semalam.
p/s: Alhamdulillah, terbela juga nasib mereka. Maknanya tanda-tanda nak jadi macam Mesir belum ada lagi hehehe...

Tiada ulasan: