27 Oktober 2010

Rancangan PM Kita Untuk ETP

Untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri kita merancang untuk:

1) Tubuhkan beberapa kelab malam terkemuka.

2) Anjurkan konsert utama.

3) Longgarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa.

4) Pakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Sumber: Klik di sini.

Saya menyokong industri pelancongan di negara kita perlu ditingkatkan. Cuma saya terfikir, adakah Perdana Menteri kita tidak mempunyai idea selain daripada yang disebutkan di atas? Saya yakin, orang yang mempunyai fikiran yang waras ditambah dengan kesedaran beragama pasti tidak akan bersetuju dengan rancangan ini. Sebab ia hanya akan mengundang kesan negatif berbanding positif. Ya, positifnya mungkin ia boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, namun negatifnya ramai yang sudah terfikir mengenainya. Ya Allah! Selamatkanlah Malaysia..

Di antara tanggungjawab rakyat ialah mendoakan pemimpin supaya sentiasa diberi petunjuk. Saya yang hanya mampu menulis di blog ini sebagai ingatan bersama, dalam masa yang sama hanya mampu berdoa agar Allah Ta'ala memberi petunjuk kepada PM kita dan memimpin beliau ke arah yang betul dan diredhai-Nya..

p/s: Ya Allah! Berilah petunjuk kepada para pemimpin kami agar mereka kembali tunduk kepada hukum-hakam-Mu... Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...

1 ulasan:

Hafizi Tajuddin berkata...

nauzubillah.. mcm tak serik lg kena kutuk dgn rakyat. rncgn matlamat jangka masa pjg xdifikirkan, inilah jadinya.