23 Oktober 2010

Antara Dua Ajaran (Bhgn 2)

Sambungan dari entri sebelum ini..


Khinzir.

Nabi Isa 'alaihissalam tidak memakan daging khinzir kerana baginda mengikut syariat Nabi Musa 'alaihissalam yang mengharamkan khinzir. Perjanjian Lama menyebut:

Disebabkan daging khinzir itu berasal daripada binatang yang berselaput tapak kakinya dan dagingnya itu sukar untuk dimamah, maka ia tidak suci bagi kamu. (Oleh itu) kamu tidak boleh makan dagingnya dan tidak boleh menyentuh rangkanya kerana ia tidak suci bagi kamu. [Leviticus 11:7-8]

Namun begitu, kebanyakan orang yang mendakwa sebagai penganut Kristian pada hari ini bukan saja memakan daging khinzir malah mereka sangat menggemari khinzir sehingga mereka menjadikannya sebagai topik lagu kanak-kanak seperti lagu 'This little piggy went to market' dan juga sebagai cerita kanak-kanak seperti tajuk 'The Three Little Pigs.' Oleh itu, penganut Kristian hari ini benar-benar tidak mengikut ajaran Kristian yang sebenar.

Dalam ajaran Islam, daging khinzir dan produk yang berasaskan khinzir sememangnya dilarang dengan tegas. Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:

Sesungguhnya Dia (Allah) hanya mengharamkan bangkai, darah, daging khinzir dan binatang yang disembelih kerana selain Allah buat kamu. Siapa yang terpaksa (memakan benda-benda ini) tanpa melampaui (batas yang ditetapkan), maka dia tidak dikira berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah al-Baqarah: 173]

Darah.

Nabi Isa 'alaihissalam tidak memakan daging yang masih mengandungi darah. Baginda juga tidak memakan darah. Ini adalah berdasarkan syariat Nabi Musa 'alaihissalam sepertimana yang tersebut di dalam Perjanjian Lama:

Kamu tidak boleh memakan darah. Kamu mesti tuangkannya ke bumi seperti kamu menuangkan air. [Deuteronomy 12:16]

Kamu tidak boleh memakan daging yang masih mengandungi darah di dalamnya. Kamu tidak boleh mengamalkan tilikan nasib dan sihir. [Leviticus 19:26]

Larangan ini juga telah disebut di dalam al-Quran dan masih berterusan sehingga ke hari ini. Firman Allah Ta'ala, mafhumnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Saya tidak menemui di dalam perkara yang diwahyukan kepada saya sebarang makanan yang haram untuk dimakan kecuali (jika makanan itu adalah) bangkai, darah yang mengalir, dan daging khinzir kerana ia adalah kotor... [Surah al-An'am: 145]

Justeru, disyariatkan agar binatang yang ingin dimakan perlu disembelih bagi membuang darah yang terkandung di dalam daging binatang tersebut. Nabi Isa 'alaihissalam dan para pengikutnya mengamalkan penyembelihan binatang sebelum ia dimakan. Namun, penganut Kristian pada hari ini tidak mengambil kira ajaran tersebut.

Bersambung...

Tiada ulasan: