23 Oktober 2010

Tetap Cemerlang Walaupun Berkahwin Ketika...

Prestasi cemerlang lepas kahwin


JOHOR BAHRU - Berkahwin waktu belajar masih boleh berjaya.
Itulah yang dibuktikan Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010 di sini semalam.
Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.
Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan.
"Ketika hendak berkahwin, keluarga mulanya membantah tetapi apabila kami beri sebab-sebab yang munasabah, mereka akhirnya bersetuju.
Sumber: Di sini
Ulasan Humair:
Siapa kata berkahwin ketika belajar tidak boleh berjaya dengan cemerlang? Siapa kata perkahwinan akan mengganggu pelajaran? Pokok pangkalnya, diri masing-masing. Kalau ada sahabat-sahabat kita ingin berkahwin ketika belajar, berikan sokongan. Tolong mereka untuk dapatkan sokongan daripada keluarga juga. Jangan kita menjadi sebab kegagalan mereka untuk berkahwin lantas mendorong mereka untuk melakukan perkara di luar jangkaan (maksiat la)..
p/s: Saya belum berkahwin lagi...

2 ulasan:

sea_lavender berkata...

hehe blh plak anta promote diri ye...
(lawak je~)
btw sye sokong ulasan anta...
sume ats diri msg2...
kalau tak,tak wujud pepatah~
d mana ada kemahuan d stu ada jalan..
kte yg hanya menilai kemampuan diri~
org sekeliling sekadar memberi kata2 perangsang

barakallah berkata...

salam...fitrah asal kejadian manusia inginkan pasangan hidup...dengan berkahwin akan mendapat keberkatan..dilapangkan rezki dan menjadi asas dlm ketenteraman jiwa...saling memberi motivasi dan sokongan dan ilmu akan mudah masuk serta lebih diberkati...